SMKS1

Selamat Datang Ke Portal Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No.1, 94800 Simunjan Sarawak. Welcome To our Official Portal. Untuk paparan yang jelas sila gunakan Internet Explorer. Sebarang ralat dalam portal ini sila maklumakan kepada pihak Admin Portal melalui email cikgusmks1@gmail.com. Portal masih lagi dikemaskini. Sila lawati dari masa ke semasa. Terima Kasih. Rise & Shine.

Sambutan Hari Kemerdakaan ke-52!

>> Sunday, August 16, 2009

Sempena sambutan kemerdekaan pada ke 52, Sekolah kita akan menganjurkan beberapa acara untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

Dianjurkan oleh Panitia Sejarah sekolah, di bawah pimpinan guru paling mantap di sekolah Cikgu Hasmah. Acara-acara/pertandingan seperti:-

1) Pertandingan batu selambut
2) Hias kelas kemerdekaan paling kreatif
3)Rekacipta layang-layang paling kreatif
4)Sepak raga

Dan banyak lagi..

Semua nie akan diurus oleh Persatuan Sejarah sekolah dan juga pelajar-pelajar tingkatan 6 Rendah Smk Simunjan no.1.

Terima Kasih.

Admin
Portal Semeks1 Blogspot
cikgusmks1@gmail.com

(Semasa) Korban H1N1, Jumlah Kematian Kini Meningkat 44 orang

>> Wednesday, August 12, 2009


KUALA LUMPUR 7 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.

Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat kepada 15 sehingga hari ini dan banyak sekolah serta institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan.

“Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di sini hari ini.

Selain menangguhkan kegiatan di kawasan umum, Najib berkata, langkah pencegahan daripada segi kebersihan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada atau hadir dalam majlis yang terbuka.

“Dari segi kesihatan kebersihan, kita hendaklah selalu mencuci tangan. Sebelum saya masuk tadi, saya telah cuci tangan sebab saya telah bersalaman dengan begitu ramai orang.

“Kalau kita perlu memakai topeng, pakailah. Tidak ada apa-apa kerugian,” katanya.

Sumber oleh : Bernama

Dari sudut sekolah:

Perhimpunan sekolah pada (12/08/09) Rabu, telah memaparkan video kepada para pelajar perkara-perkara yang perlu untuk menangani penularan wabak ini. Pihak sekolah memandang serius tentang penularan wabak yang menjadi ancaman dunia kini kerana terdapat penularan wabak kini ke daerah Simunjan. Oleh sebab itu pihak sekolah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memaklumkan kepada para pelajar dan para guru tentang akan bahaya wabak ini.

Admin
Portal Semeks1 Blogspot
cikgusmks1@gmail.com

(New) Jerebu Melanda Sekolah (10/08/09)

>> Monday, August 10, 2009






Read more...

PETA SEKOLAH



Berikut merupakan peta SMK SIMUNJAN NO.1. Dimana ianya merupakan salah sebuah sekolah yang terbesar di daerah Simunjan dan mempunyai kemudahan yang cukup buat pelajar mahupun pada guru-guru.

ASRAMA

>> Sunday, August 9, 2009

Empat Blok asrama yang dinamakan Asrama Rentap dan Asrama Masahor untuk pelajar lelaki dan Asrama Tun Fatimah dan Tun Teja untuk pelajar perempuan.

Gotong royong membersih kawasan asrama selalunya diadakan pada hari Sabtu hari pelajar tidak balik kampung. Pembersihan secara harian juga diadakan untuk menjamin kebersihan asrama.

Alangkah senangnya mata memandang bila melihat keadaan bilik asrama yang dijaga rapi oleh penghuninya.




Read more...

DI MANA LETAKNYA SIMUNJAN?

Peta Daerah Simunjan, Sarawak

Daerah Simunjan adalah salah sebuah daerah bawah pentadbiran Bahagian Samarahan. Keluasan Daerah Simunjan ialah lebih kurang 2,077 km persegi. terletak kira-kira 176 km dari Bandar Kuching berdasarkan jalan darat dan 103 km melalui jalan air.

Pandangan Udara Daerah Simunjan, Sarawak

Sebuyau dan Gedong adalah di bawah pentadbiran Daerah Simunjan. Bentuk muka bumi Simunjan secara keseluruhannya adalah berbukit-bukau. Penduduk Simunjan yang seramai 56,500 orang (Mid-year Population Estimate 2000) terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Iban dan Cina. Seperti mana lazimnya daerah-daerah lain di Sarawak, para penduduk di sini mengamalkan sikap toleransi antara satu kaum dengan kaumyang lain. Mengikut Pegiraan Penduduk tahun 2000, kaum bumiputera berketurunan Melayu terdiri daripada kaum yang terbesar di daerah ini dengan jumlah 16,812 orang (52.7%), manakala kaum Iban berjumlah 13,400 orang atau 43.3%. Jumlah penduduk bukan bumiputera iaitu termasuk kaum Cina dan lain-lain berjumlah 4%.

Daerah Simunjan adalah dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Simunjan dan Majlis Daerah Simunjan. Pejabat Daerah Simunjan diketuai oleh Pegawai daerah Encik Sulaiman bin Haji Han dan beliau dibantu oleh seramai 22 orang kakitangan dan Pegawai Tadbir N3 sehingga ke Pembantu Awam Rendah R11 dan seorang Amah.

Dataran Daerah Simunjan

Pada keseluruhannya, bentuk pentadbiran Pejabat Daerah Simunjan ini serupa dengan mana-mana Pejabat Daerah yang lain. Jika adapun perbezaan jenis kemusykilan yang dihadapi adalah disebabkan oleh ketidaksamaan komposisi penduduk dengan daerah lain di negeri Sarawak. Misalnya keperluan penduduk di daerah yang majoritinya terdapat kaum Iban atau Bidayuh agak berlainan dari segi sosial berbanding dengan keperluan kaum Melayu yang jumlahnya agak besar di daerah Simunjan.

Oleh kerana itu, pendekatan menangani sesuatu masalah yang timbul agak berlainan sedikit. Jika ada perselisihan faham, misalnya, diantara keluarga mengenai pembahagian tanah pusaka atau bidang tanah yang menimbulkan masalah pembahagian, maka di kawasan kaum bumiputera Dayak, adat-adat yang sedia ada perlulah diberi keutamaan yang sewajarnya.
Simunjan terkenal dengan produk beras tempatan. Majlis Daerah Simunjan (Simunjan District Council) adalah sebuah Penguasa Tempatan yang terletak di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Negeri Sarawak.


Kemudahan sekitar Daerah Simunjan


Majlis Daerah Simunjan, yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh Setiausaha Majlis iaitu Tuan Haji Othman bin Bujong telah ditubuhkan pada tahun 1957 mengikut “Local Authority Ordinance (Cap.117).” Pada asalnya, nama sebenar Majlis Daerah Simunjan adalah ‘Lower Sadong District Council’ (Majlis Daerah Hilir Sadong) dan pada tahun 1983 nama majlis ini ditukar kepada nama barunya iaitu Majlis Daerah Simunjan.

Lima kawasan utama daerah ini ialah Daerah Simunjan, Daerah Kecil Sadong Jaya, kawasan Gedong, Sebangan dan Daerah Kecil Sebuyau (Daerah Kecil Sebuyau telah diambilalih daripada Bahagian Sri Aman pada tahun 1989).

Majlis Daerah Simunjan mempunyai luas kawasan 1,995.22 km persegi yang terdiri daripada Daerah Simunjan 1.370.15 km persegi, dan Daerah Kecil Sebuyau mempunyai luas kawasan 625.07 km persegi.

Pasar Simunjan merupakan pusat pentadbiran utama Daerah Simunjan di mana terletaknya semua pejabat-pejabat kerajaan. Selain itu pihak Majlis Daerah Simunjan juga mempunyai pejabat kecil di Sebuyau dan Gedong. Aktiviti utama penduduk adalah penanaman padi paya, mengusaha kebun kelapa dan kerja di syarikat pembalakan. Manakala bagi penduduk yang tinggal di seblah hulu dan jauh dari sungai kegiatan utama adalah mengusahakan tanaman lada hitam secara individu.

Perhubungan utama bagi penduduk yang tinggal di pedalaman kawasan Selatan ini pada masa dahulu ialah laluan sungai iaitu Sungai Simunjan yang bermuara di Pasar Simunjan, hilir ke Batang Sadong. Maka dengan ini sungai adalah keutamaan bagi penggerak ekonomi penduduk untuk membawa dan mendapat keperluan bekalan.

Sumber : myonestopsarawak, majlis daerah simunjan.

Read more...

Ujian Percubaan 1 SPM 2009

>> Friday, August 7, 2009

Bermula pada Isnin (10/8/09) Sehingga Jumaat (21/8/09) akan berlansung Peperiksaan Percubaan 1 SPM 2009. Para Pelajar diingatkan supaya bersedia dan megulangkaji pelajaran.

"Selamat Maju Jaya Buat Semua Calon SPM SMK Simunjan No.1"


~Dari Semua Warga Pendidik Smks1~

(Sarawak) Jerebu: Lima kawasan tidak sihat

Empat bandar utama di Sarawak mencatatkan kualiti udara tidak sihat hari ini apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui laman webnya menyatakan kualiti udara di empat bandar itu merosot dengan bacaan IPU yang tinggi iaitu Samarahan (115), Bintulu (114), Miri (106) dan Sibu (112).Turut mencatat kualiti udara tidak sihat, Bandaraya Melaka dengan bacaan IPU mencecah 112.

Bacaan sehingga pukul 11 pagi itu juga memaklumkan 30 daripada keseluruhan 47 kawasan yang dipantau di seluruh negara berada dalam zon sederhana.Hanya 12 kawasan (25 peratus) mencatatkan kualiti udara baik.

Kawasan yang mencatat IPU sederhana, antaranya, Kota Tinggi (76) dan Pasir Gudang (77) - kedua-duanya di Johor; Bukit Rambai, Melaka (93), Nilai, Negeri Sembilan (80), Balok Baru, Pahang (97) dan Kuching, Sarawak (98).Alor Setar, Kedah pula antara yang mencatat kualiti udara sihat dengan bacaan 47, selain Bakar Arang, Sungai Petani (26), Langkawi (35) dan Kangar, Perlis (24).

(BISP) Guru tuntut imbuhan - ALIMUDDIN MOHD DOM

ALIMUDDIN MOHD DOM

Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk guru mata pelajaran Bahasa Malaysia pula dituntut oleh golongan guru semasa sesi dialog sempena majlis Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Cadangan itu dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan apatah lagi mereka mengajar bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini.



Read more...

PPSMI: Guru puas hati penjelasan TPM


Warga pendidik berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kementerian Pelajaran mengenai pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Mereka turut berpuas hati dengan penerangan oleh Menteri Pelajaran itu berhubung penjelasan pelbagai isu berbangkit lain selepas pengumuman pemansuhan itu.




Menurut beliau, penjelasan daripada Ketua Pengarah Pelajaran juga turut membantu memperincikan lagi penerangan yang telah dibuat.
Bekas guru yang juga ahli Majlis Buku Kebangsaan, Mohd Sharif Apen berkata, melalui penerangan itu semua warga pendidikan lebih faham mengenai isu yang berbangkit.
``Sudah jelas warga pendidik perlu patuh dengan dasar yang dibuat namun surat pekeliling oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mengenai hal ini patut diedarkan ke sekolah-sekolah,’’ katanya.
Menurut beliau, sebelum ini pelbagai andaian dibuat oleh warga pendidikan mengenai isu yang timbul.

``Penjelasan ini amat bermakna dan kita tahu sebarang dasar baru yang dibuat akan melalui proses yang mengambil masa,’’ katanya.
Guru Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah, Banting, Norafizah Ahmad berpuas hati mendapat penjelasan secara terus daripada pihak yang berkaitan.
``Semuanya jelas malah dialog bersama Ketua Pengarah selepas itu turut memberi peluang kepada kami untuk mendapat maklumat lain,’’ katanya.
Sementara itu, guru dari SJK Cina (SJKC) Kong Hoe, Kelang, Liew Swee Pheng berkata, banyak perkara mengenai pendidikan diketahui melalui media massa sahaja.
``Kita dapat tahu dari media massa dan sewajarnya majlis seperti ini diadakan iaitu dari pihak bertanggungjawab secara terus kepada warga pendidik,’’ katanya.
Menurut beliau, majlis dialog yang diadakan juga turut memberi peluang kepada golongan pendidik melontarkan pendapat.

``Contohnya kami di SJKC juga menghadapi masalah kekurangan guru bahasa Cina kerana tidak ramai pelajar berminat untuk mengambil mata pelajaran itu,’’ katanya.
Selain isu pemansuhan PPSMI, Muhyiddin turut menjelaskan isu penetapan had 10 mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), syarat wajib lulus mata pelajaran bahasa Inggeris dan Memartabatkan bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI).


Read more...

PPSMI DIMANSUHKAN 2012!

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan mulai 2012. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Read more...

SEJARAH SEKOLAH

>> Thursday, August 6, 2009

seklama

Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No.1 asalnya terletak di kawasan seluas 10 ekar lebih kurang 5 kilometer dari Bandar Simunjan. Sekolah ini merupakan antara sekolah menengah yang tertua di Sarawak. Ia telah mula beroperasi sejak tahun 1964 lagi dengan nama Government Secondary School Simunjan, atau Sekolah Gunung Ngeli oleh masyarakat tempatan kerana lokasinya yang berdekatan dengan sebuah gunung bernama Gunung Ngeli. Ia telah dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Hj. Abdul Rahman Yaakub.

::::: Jalan masuk Sekolah Lama (Sekarang SMK Simunjan No.2):::::

seklama1


Pada tahun 1979 sekolah ini telah dipertingkatkan lagi dengan pembinaan beberapa buah bangunan baru . Ini termasuk blok kelas, makmal, rumah guru dan lain-lain lagi. Pada tahun 1981 sekolah ini telah mula membuka kelas untuk Tingkatan 4 dan seterusnya Tingkatan 5. Sekolah ini juga telah mula dikenali sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Simunjan.

::::: Jalan Masuk Sekolah Baru :::::

sekbaru

Untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah, sebuah sekolah baru telah mula dibina pada tahun 1997. Sekolah baru ini dengan keluasan 42 ekar dan terletak lebih kurang 5 kilometer dari sekolah asal. Pada 12 April 1998 semua pelajar dan kakitangan sekolah ini telah berpindah ke sekolah baru yang serba moden dan canggih ini. Sekolah ini sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No.1.




LAGU SEKOLAH


S.M.K Simunjan No.1,
Gedong ilmu asas maju,
Melahirkan semangat bunga bangsa,
Muhibah dan setia,
Amalan jujur usaha jaya,
Laksanakan bersama,
Berteraskan semangat yang waja,
Teguh iman di dada..

Chorus:

Padamu guru budiman,
Tetap jadi teladan,Kami bertekad perwira,
Junjung Rukunegara.
S.M.K Simunjan No.1,
Gedong ilmu asas maju,
Mewariskan putera-puteri jaya,
Harapan ayah bonda

ulangi (chorus)

harapan ayah bonda (2x)..

-Tamat-





Lagu : Abdul Hafiz Mohd Hamdan,
Lirik : Mohd. Rahim Yahya

Masih Dikemaskini!

>> Sunday, August 2, 2009

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Portal Smk Simunjan No.1.
Ruangan Ini masih dikemaskini.

Sila lawati portal ini dari masa ke semasa.

Terima Kasih.

Rise & Shine

Ikhlas,
Admin Portal Semeks1
cikgusmks1@gmail.com

Ujian Topikal 3

Ujian Topikal 3 2009

Pada minggu ini akan dijalankan ujian topikal 3. kelas-kelas yang terlibat ialah kelas tingkatan 4 dan tingkatan 6 rendah. Terima kasih.


"Selamat Menduduki Peperiksaan!"

Sukan Tahunan Sekolah Edisi ke-41 2009!

>> Wednesday, July 29, 2009

Sekarang sedang berlangsung Sukan Tahunan Sekolah Edisi ke-41 2009! Pada tahun ini, sedikit kelewatan penganjuran sukan sekolah disebabkan oleh masalah tertentu. Sukan sekolah bermula pada 29/07/09(Selasa) sehingga pada 31/07/09(Jumaat). Seperti biasa Rumah-rumah sukan yang bertanding seperti Zuhal(Merah), Uranus(Hijau), Marikh(Kuning) dan Neptune(Biru). Juara Bertahan pada tahun lepas ialah Rumah Uranus! Mungkinkah Uranus akan mempertahan kejuaraan pada tahun ini?? kita nantikan..

Juara pada Tahun 2008..Uranus!



Wajah guru-guru yang membawa kejayaan Uranus pada Tahun lepas.



Selamat Berjuang untuk para Atlet-atlet yang bertanding..!!!

Sebarang Komen/Pertanyaan?

Isi Nama Disini
Isi Email Anda Disini
Isi Tujuan Pertanyaan Disini
Taip Mesej Anda Disini
Image Verification
Please enter the text from the image [ Refresh Image ] [ What's This? ]

****Terima Kasih diatas komen/pertanyaan yang dihantar. Pihak Admin Website Smk Simunjan No.1 akan membalas email anda secepat mungkin. Jika masih mempunyai sebarang masalah, boleh emailkan terus pertanyaan kepada cikgusmks1@gmail.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP