SMKS1

Selamat Datang Ke Portal Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No.1, 94800 Simunjan Sarawak. Welcome To our Official Portal. Untuk paparan yang jelas sila gunakan Internet Explorer. Sebarang ralat dalam portal ini sila maklumakan kepada pihak Admin Portal melalui email cikgusmks1@gmail.com. Portal masih lagi dikemaskini. Sila lawati dari masa ke semasa. Terima Kasih. Rise & Shine.

Sambutan Hari Kemerdakaan ke-52!

>> Sunday, August 16, 2009

Sempena sambutan kemerdekaan pada ke 52, Sekolah kita akan menganjurkan beberapa acara untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

Dianjurkan oleh Panitia Sejarah sekolah, di bawah pimpinan guru paling mantap di sekolah Cikgu Hasmah. Acara-acara/pertandingan seperti:-

1) Pertandingan batu selambut
2) Hias kelas kemerdekaan paling kreatif
3)Rekacipta layang-layang paling kreatif
4)Sepak raga

Dan banyak lagi..

Semua nie akan diurus oleh Persatuan Sejarah sekolah dan juga pelajar-pelajar tingkatan 6 Rendah Smk Simunjan no.1.

Terima Kasih.

Admin
Portal Semeks1 Blogspot
cikgusmks1@gmail.com

Read more...

(Semasa) Korban H1N1, Jumlah Kematian Kini Meningkat 44 orang

>> Wednesday, August 12, 2009


KUALA LUMPUR 7 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.

Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat kepada 15 sehingga hari ini dan banyak sekolah serta institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan.

“Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di sini hari ini.

Selain menangguhkan kegiatan di kawasan umum, Najib berkata, langkah pencegahan daripada segi kebersihan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada atau hadir dalam majlis yang terbuka.

“Dari segi kesihatan kebersihan, kita hendaklah selalu mencuci tangan. Sebelum saya masuk tadi, saya telah cuci tangan sebab saya telah bersalaman dengan begitu ramai orang.

“Kalau kita perlu memakai topeng, pakailah. Tidak ada apa-apa kerugian,” katanya.

Sumber oleh : Bernama

Dari sudut sekolah:

Perhimpunan sekolah pada (12/08/09) Rabu, telah memaparkan video kepada para pelajar perkara-perkara yang perlu untuk menangani penularan wabak ini. Pihak sekolah memandang serius tentang penularan wabak yang menjadi ancaman dunia kini kerana terdapat penularan wabak kini ke daerah Simunjan. Oleh sebab itu pihak sekolah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memaklumkan kepada para pelajar dan para guru tentang akan bahaya wabak ini.

Admin
Portal Semeks1 Blogspot
cikgusmks1@gmail.com

Read more...

(New) Jerebu Melanda Sekolah (10/08/09)

>> Monday, August 10, 2009


































Read more...

PETA SEKOLAH



Berikut merupakan peta SMK SIMUNJAN NO.1. Dimana ianya merupakan salah sebuah sekolah yang terbesar di daerah Simunjan dan mempunyai kemudahan yang cukup buat pelajar mahupun pada guru-guru.

Read more...

ASRAMA

>> Sunday, August 9, 2009

Empat Blok asrama yang dinamakan Asrama Rentap dan Asrama Masahor untuk pelajar lelaki dan Asrama Tun Fatimah dan Tun Teja untuk pelajar perempuan.

Pelajar asrama pergi ke kelas masing-masing untuk belajar petang. Mereka mula belajar dari pukul 3.00 petang sehingga 4.30 petang dari hari Isnin sehingga Rabu


Gotong royong membersih kawasan asrama selalunya diadakan pada hari Sabtu hari pelajar tidak balik kampung. Pembersihan secara harian juga diadakan untuk menjamin kebersihan asrama.

Alangkah senangnya mata memandang bila melihat keadaan bilik asrama yang dijaga rapi oleh penghuninya.




Read more...

DI MANA LETAKNYA SIMUNJAN?

Peta Daerah Simunjan, Sarawak

Daerah Simunjan adalah salah sebuah daerah bawah pentadbiran Bahagian Samarahan. Keluasan Daerah Simunjan ialah lebih kurang 2,077 km persegi. terletak kira-kira 176 km dari Bandar Kuching berdasarkan jalan darat dan 103 km melalui jalan air.

Pandangan Udara Daerah Simunjan, Sarawak

Sebuyau dan Gedong adalah di bawah pentadbiran Daerah Simunjan. Bentuk muka bumi Simunjan secara keseluruhannya adalah berbukit-bukau. Penduduk Simunjan yang seramai 56,500 orang (Mid-year Population Estimate 2000) terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Iban dan Cina. Seperti mana lazimnya daerah-daerah lain di Sarawak, para penduduk di sini mengamalkan sikap toleransi antara satu kaum dengan kaumyang lain. Mengikut Pegiraan Penduduk tahun 2000, kaum bumiputera berketurunan Melayu terdiri daripada kaum yang terbesar di daerah ini dengan jumlah 16,812 orang (52.7%), manakala kaum Iban berjumlah 13,400 orang atau 43.3%. Jumlah penduduk bukan bumiputera iaitu termasuk kaum Cina dan lain-lain berjumlah 4%.

Daerah Simunjan adalah dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Simunjan dan Majlis Daerah Simunjan. Pejabat Daerah Simunjan diketuai oleh Pegawai daerah Encik Sulaiman bin Haji Han dan beliau dibantu oleh seramai 22 orang kakitangan dan Pegawai Tadbir N3 sehingga ke Pembantu Awam Rendah R11 dan seorang Amah.

Dataran Daerah Simunjan

Pada keseluruhannya, bentuk pentadbiran Pejabat Daerah Simunjan ini serupa dengan mana-mana Pejabat Daerah yang lain. Jika adapun perbezaan jenis kemusykilan yang dihadapi adalah disebabkan oleh ketidaksamaan komposisi penduduk dengan daerah lain di negeri Sarawak. Misalnya keperluan penduduk di daerah yang majoritinya terdapat kaum Iban atau Bidayuh agak berlainan dari segi sosial berbanding dengan keperluan kaum Melayu yang jumlahnya agak besar di daerah Simunjan.

Oleh kerana itu, pendekatan menangani sesuatu masalah yang timbul agak berlainan sedikit. Jika ada perselisihan faham, misalnya, diantara keluarga mengenai pembahagian tanah pusaka atau bidang tanah yang menimbulkan masalah pembahagian, maka di kawasan kaum bumiputera Dayak, adat-adat yang sedia ada perlulah diberi keutamaan yang sewajarnya.
Simunjan terkenal dengan produk beras tempatan. Majlis Daerah Simunjan (Simunjan District Council) adalah sebuah Penguasa Tempatan yang terletak di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Negeri Sarawak.


Kemudahan sekitar Daerah Simunjan


Majlis Daerah Simunjan, yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh Setiausaha Majlis iaitu Tuan Haji Othman bin Bujong telah ditubuhkan pada tahun 1957 mengikut “Local Authority Ordinance (Cap.117).” Pada asalnya, nama sebenar Majlis Daerah Simunjan adalah ‘Lower Sadong District Council’ (Majlis Daerah Hilir Sadong) dan pada tahun 1983 nama majlis ini ditukar kepada nama barunya iaitu Majlis Daerah Simunjan.

Lima kawasan utama daerah ini ialah Daerah Simunjan, Daerah Kecil Sadong Jaya, kawasan Gedong, Sebangan dan Daerah Kecil Sebuyau (Daerah Kecil Sebuyau telah diambilalih daripada Bahagian Sri Aman pada tahun 1989).

Majlis Daerah Simunjan mempunyai luas kawasan 1,995.22 km persegi yang terdiri daripada Daerah Simunjan 1.370.15 km persegi, dan Daerah Kecil Sebuyau mempunyai luas kawasan 625.07 km persegi.

Pasar Simunjan merupakan pusat pentadbiran utama Daerah Simunjan di mana terletaknya semua pejabat-pejabat kerajaan. Selain itu pihak Majlis Daerah Simunjan juga mempunyai pejabat kecil di Sebuyau dan Gedong. Aktiviti utama penduduk adalah penanaman padi paya, mengusaha kebun kelapa dan kerja di syarikat pembalakan. Manakala bagi penduduk yang tinggal di seblah hulu dan jauh dari sungai kegiatan utama adalah mengusahakan tanaman lada hitam secara individu.

Perhubungan utama bagi penduduk yang tinggal di pedalaman kawasan Selatan ini pada masa dahulu ialah laluan sungai iaitu Sungai Simunjan yang bermuara di Pasar Simunjan, hilir ke Batang Sadong. Maka dengan ini sungai adalah keutamaan bagi penggerak ekonomi penduduk untuk membawa dan mendapat keperluan bekalan.

Sumber : myonestopsarawak, majlis daerah simunjan.

Read more...

Ujian Percubaan 1 SPM 2009

>> Friday, August 7, 2009

Bermula pada Isnin (10/8/09) Sehingga Jumaat (21/8/09) akan berlansung Peperiksaan Percubaan 1 SPM 2009. Para Pelajar diingatkan supaya bersedia dan megulangkaji pelajaran.

"Selamat Maju Jaya Buat Semua Calon SPM SMK Simunjan No.1"


~Dari Semua Warga Pendidik Smks1~

Read more...

(Sarawak) Jerebu: Lima kawasan tidak sihat

Empat bandar utama di Sarawak mencatatkan kualiti udara tidak sihat hari ini apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui laman webnya menyatakan kualiti udara di empat bandar itu merosot dengan bacaan IPU yang tinggi iaitu Samarahan (115), Bintulu (114), Miri (106) dan Sibu (112).Turut mencatat kualiti udara tidak sihat, Bandaraya Melaka dengan bacaan IPU mencecah 112.

Bacaan sehingga pukul 11 pagi itu juga memaklumkan 30 daripada keseluruhan 47 kawasan yang dipantau di seluruh negara berada dalam zon sederhana.Hanya 12 kawasan (25 peratus) mencatatkan kualiti udara baik.

Kawasan yang mencatat IPU sederhana, antaranya, Kota Tinggi (76) dan Pasir Gudang (77) - kedua-duanya di Johor; Bukit Rambai, Melaka (93), Nilai, Negeri Sembilan (80), Balok Baru, Pahang (97) dan Kuching, Sarawak (98).Alor Setar, Kedah pula antara yang mencatat kualiti udara sihat dengan bacaan 47, selain Bakar Arang, Sungai Petani (26), Langkawi (35) dan Kangar, Perlis (24).

Read more...

(BISP) Guru tuntut imbuhan - ALIMUDDIN MOHD DOM

ALIMUDDIN MOHD DOM

Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk guru mata pelajaran Bahasa Malaysia pula dituntut oleh golongan guru semasa sesi dialog sempena majlis Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Cadangan itu dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan apatah lagi mereka mengajar bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika ditanya berhubung perkara tersebut berjanji untuk menimbang dan mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut.
Namun kata beliau, pada masa ini kerajaan telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk bagi membayar BISP kepada guru-guru yang lain.
Pada masa ini guru-guru yang menerima BISP ialah guru mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

``Kita juga perlu memikirkan kewajarannya dan nanti ada pula guru-guru mata pelajaran lain yang turut menuntut perkara yang sama,’’ katanya.
Sesi dialog bersama Ketua Pengarah Pelajaran tersebut merupakan lanjutan daripada sesi penerangan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihadiri lebih 1,000 warga pendidik dari seluruh negara.

Sesi dialog yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu turut mendengar pelbagai masalah lain termasuk masalah kekurangan guru mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar.

Seorang guru besar dari Selangor mempersoalkan tentang tempoh perpindahan yang singkat guru bahasa Inggeris dari kawasan bandar ke luar bandar.

``Guru bahasa Inggeris dari bandar ini cantik, ada kereta besar, suami pangkat besar tetapi tidak lama di sekolah luar bandar kerana telah minta ditukarkan ke sekolah bandar,’’ katanya.
Justeru beliau mencadangkan agar pihak kementerian mengambil guru dari kawasan luar bandar untuk mengajar mata pelajaran tersebut kerana hanya guru-guru sedemikian yang boleh memahami dan menerima keadaan persekitaran itu.

``Hanya orang luar bandar sahaja yang boleh membantu pelajar luar bandar,’’ katanya.
Pada sesi dialog tersebut pelbagai cadangan turut dikemukakan oleh golongan guru termasuk mengenai tempoh mengajar yang lebih lama untuk mata pelajaran bahasa Inggeris dan tempoh mengajar yang singkat untuk mata pelajaran lain.

Turut ditanya ialah mengenai kegagalan pelajar bukan Melayu untuk menguasai bahasa Malaysia dan penggunaan sama ada bahasa Malaysia atau bahasa Melayu untuk mata pelajaran tersebut.

Selain itu turut dipersoalkan ialah kewajaran memberi BISP secara wang tunai kepada guru-guru terbabit sebaliknya mencadangkan agar pemberian baucar buku kepada mereka.
Dalam pada itu Alimuddin berkata, semua panda

ngan dan cadangan yang dilontarkan oleh golongan pendidik akan diberi pertimbangan yang serius.

Berhubung pelbagai isu yang berbangkit mengenai perkara baru yang diperkenalkan selepas pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) beliau berkata, kementerian mempunyai tempoh dua tahun lagi yang membolehkan pelbagai cadangan dikaji untuk manfaat warga pendidikan semua


Read more...

PPSMI: Guru puas hati penjelasan TPM


Warga pendidik berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kementerian Pelajaran mengenai pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Mereka turut berpuas hati dengan penerangan oleh Menteri Pelajaran itu berhubung penjelasan pelbagai isu berbangkit lain selepas pengumuman pemansuhan itu.



Majlis penerangan itu telah diadakan pada Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dihadiri lebih 1,000 warga pendidik serta Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan warga Kementerian Pelajaran.
Menurut guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu 4, Kampung Jawa, K. Indrani, walaupun perkara tersebut telah disiarkan oleh media massa namun memang sewajarnya Kementerian Pelajaran memberi penerangan lanjutan.
``Hari ini kami mendapat penerangan daripada Menteri Pelajaran sendiri dan ini amat dialu-alukan,’’ katanya.


Menurut beliau, penjelasan daripada Ketua Pengarah Pelajaran juga turut membantu memperincikan lagi penerangan yang telah dibuat.
Bekas guru yang juga ahli Majlis Buku Kebangsaan, Mohd Sharif Apen berkata, melalui penerangan itu semua warga pendidikan lebih faham mengenai isu yang berbangkit.
``Sudah jelas warga pendidik perlu patuh dengan dasar yang dibuat namun surat pekeliling oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mengenai hal ini patut diedarkan ke sekolah-sekolah,’’ katanya.
Menurut beliau, sebelum ini pelbagai andaian dibuat oleh warga pendidikan mengenai isu yang timbul.

``Penjelasan ini amat bermakna dan kita tahu sebarang dasar baru yang dibuat akan melalui proses yang mengambil masa,’’ katanya.
Guru Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah, Banting, Norafizah Ahmad berpuas hati mendapat penjelasan secara terus daripada pihak yang berkaitan.
``Semuanya jelas malah dialog bersama Ketua Pengarah selepas itu turut memberi peluang kepada kami untuk mendapat maklumat lain,’’ katanya.
Sementara itu, guru dari SJK Cina (SJKC) Kong Hoe, Kelang, Liew Swee Pheng berkata, banyak perkara mengenai pendidikan diketahui melalui media massa sahaja.
``Kita dapat tahu dari media massa dan sewajarnya majlis seperti ini diadakan iaitu dari pihak bertanggungjawab secara terus kepada warga pendidik,’’ katanya.
Menurut beliau, majlis dialog yang diadakan juga turut memberi peluang kepada golongan pendidik melontarkan pendapat.

``Contohnya kami di SJKC juga menghadapi masalah kekurangan guru bahasa Cina kerana tidak ramai pelajar berminat untuk mengambil mata pelajaran itu,’’ katanya.
Selain isu pemansuhan PPSMI, Muhyiddin turut menjelaskan isu penetapan had 10 mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), syarat wajib lulus mata pelajaran bahasa Inggeris dan Memartabatkan bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI).


Read more...

PPSMI DIMANSUHKAN 2012!

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan mulai 2012. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing. Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. “Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003,” katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas. Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012. Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi. Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan. “Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia,” katanya. Muhyiddin berkata pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

“Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik,” katanya. Selain itu, katanya, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi.

Katanya peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar. “Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus,” katanya. Beliau berkata jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan. Muhyiddin berkata laporan “Trends in Mathematics and Science Study 2007″ turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007. “Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007,” katanya.

Beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. “Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris,” katanya. Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T).

Sumber : BERNAMA

Read more...

SEJARAH SEKOLAH

>> Thursday, August 6, 2009

seklama

Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No.1 asalnya terletak di kawasan seluas 10 ekar lebih kurang 5 kilometer dari Bandar Simunjan. Sekolah ini merupakan antara sekolah menengah yang tertua di Sarawak. Ia telah mula beroperasi sejak tahun 1964 lagi dengan nama Government Secondary School Simunjan, atau Sekolah Gunung Ngeli oleh masyarakat tempatan kerana lokasinya yang berdekatan dengan sebuah gunung bernama Gunung Ngeli. Ia telah dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Hj. Abdul Rahman Yaakub.

::::: Jalan masuk Sekolah Lama (Sekarang SMK Simunjan No.2):::::

seklama1


Pada tahun 1979 sekolah ini telah dipertingkatkan lagi dengan pembinaan beberapa buah bangunan baru . Ini termasuk blok kelas, makmal, rumah guru dan lain-lain lagi. Pada tahun 1981 sekolah ini telah mula membuka kelas untuk Tingkatan 4 dan seterusnya Tingkatan 5. Sekolah ini juga telah mula dikenali sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Simunjan.

::::: Jalan Masuk Sekolah Baru :::::

sekbaru

Untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah, sebuah sekolah baru telah mula dibina pada tahun 1997. Sekolah baru ini dengan keluasan 42 ekar dan terletak lebih kurang 5 kilometer dari sekolah asal. Pada 12 April 1998 semua pelajar dan kakitangan sekolah ini telah berpindah ke sekolah baru yang serba moden dan canggih ini. Sekolah ini sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No.1.




Read more...

LAGU SEKOLAH


S.M.K Simunjan No.1,
Gedong ilmu asas maju,
Melahirkan semangat bunga bangsa,
Muhibah dan setia,
Amalan jujur usaha jaya,
Laksanakan bersama,
Berteraskan semangat yang waja,
Teguh iman di dada..

Chorus:

Padamu guru budiman,
Tetap jadi teladan,Kami bertekad perwira,
Junjung Rukunegara.
S.M.K Simunjan No.1,
Gedong ilmu asas maju,
Mewariskan putera-puteri jaya,
Harapan ayah bonda

ulangi (chorus)

harapan ayah bonda (2x)..

-Tamat-





Lagu : Abdul Hafiz Mohd Hamdan,
Lirik : Mohd. Rahim Yahya

Read more...

Masih Dikemaskini!

>> Sunday, August 2, 2009

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Portal Smk Simunjan No.1.
Ruangan Ini masih dikemaskini.

Sila lawati portal ini dari masa ke semasa.

Terima Kasih.

Rise & Shine

Ikhlas,
Admin Portal Semeks1
cikgusmks1@gmail.com

Read more...

Ujian Topikal 3

Ujian Topikal 3 2009

Pada minggu ini akan dijalankan ujian topikal 3. kelas-kelas yang terlibat ialah kelas tingkatan 4 dan tingkatan 6 rendah. Terima kasih.


"Selamat Menduduki Peperiksaan!"

Read more...

Sebarang Komen/Pertanyaan?

Isi Nama Disini
Isi Email Anda Disini
Isi Tujuan Pertanyaan Disini
Taip Mesej Anda Disini
Image Verification
Please enter the text from the image [ Refresh Image ] [ What's This? ]

****Terima Kasih diatas komen/pertanyaan yang dihantar. Pihak Admin Website Smk Simunjan No.1 akan membalas email anda secepat mungkin. Jika masih mempunyai sebarang masalah, boleh emailkan terus pertanyaan kepada cikgusmks1@gmail.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP